Monday, 20 January 2014

Emma Dan Zizan Bercumbu?

  • Zizan Razak dan Emma MaembongZizan Razak dan Emma Maembong
 1 / 2 
“MANA buktinya? Saya minta hentikanlah dakwaan dan fitnah tersebut, saya betul-betul terkilan dengan dakwaan itu,” tegas Marina Juki, yang juga pengurus kepada Zizan Razak dan Emma Maembong berkaitan gosip yang menimpa kedua-dua artisnya.

Marina yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd berkata, gosip yang mendakwa Zizan bercumbuan dengan aktres Emma di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini adalah tidak berasas.

“Tak mungkin dia berbuat demikian, kerana saya berada di tengah antara Zizan dan Emma. Kami pergi bersama krew produksi syarikat seramai lapan orang.

“Mana boleh dia buat begitu sebab ia di depan khalayak dan di sekeliling kami?” katanya yang sangat terkejut sekali gus menyangkal dakwaan itu.

Pihaknya juga menyifatkan tuduhan itu sebagai perbuatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah artis di bawah naungan syarikat itu.

“Saya tak tahu apa tujuan mereka berbuat begitu. Tapi apa yang pasti, perkara itu tidak betul,” tegasnya berkali-kali.

Marina berkata, pihaknya akan memantau gosip liar dan dakwaan yang tidak berasas pada masa akan datang yang melibatkan artis yang berada di bawah naungan produksi itu.

“Kita akan pastikan semua gosip mengarut dan tak sihat ini tidak disensasikan. Ia bukanlah sesuatu yang sihat bahkan menjejaskan reputasi artis serta pandangan masyarakat yang ingin menjadikan seseorang artis sebagai ikon mereka.

“Jadi kami kena ubah strategi agar perkara ini tidak disensasikan sewenang-wenangnya dan menjadi buah mulut orang,” katanya.

Dalam pada itu, Zizan bagaimanapun tidak dapat dihubungi dan difahamkan sedang menjalani penggambaran filem Cicakman 3 bersama Lisa Surihani dan Yusri KRU.

Selain Zizan, produksi itu mempunyai enam artis di bawah naungan mereka, antaranya Johan As’ari, Emma Maembong dan Kaka.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan Zizan dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.

Kedua-dua pasangan itu pernah dikaitkan bercinta tetapi menafikan perkara itu.

Thursday, 16 January 2014

Piala Sumbangsih: Tiket salah cetak boleh diguna

16 Januari 2014


KUANTAN - Lebih 6,000 tiket perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia Pahang dan juara Piala Liga Super 2013, Lions XII dari Singapura di Stadium Darul Makmur di sini, malam esok, dikesan tersalah cetak.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) berkata penyokong yang memiliki tiket berkenaan tidak perlu risau kerana ia masih boleh digunakan untuk perlawanan itu.

Setiausaha Agung PBNP, Fuzzemi Ibrahim berkata, pada tiket itu tertera tahun 2013, bukan tahun sepatutnya iaitu 2014.

"Kesilapan itu telah dirujuk ke Bahagian Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FAM telah menghantar beberapa pegawainya untuk menyelesaikan itu tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua 31,000 tiket yang diperuntukkan telah habis dijual di dua lokasi iaitu Stadium Darul Makmur dan Stadium Mini Temerloh bermula 10 pagi hingga 4 petang tadi.

Sementara itu, Pahang juga akan mula menjual pas bermusim 2014 kepada peminat dengan harga RM1,000 bagi tempat duduk utama di Stadium Darul Makmur.

Katanya permohonan untuk pas bermusim boleh dibuat di pejabat PBNP mulai hari ini.

Dalam pada itu, lebih 1,000 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan dan keadaan trafik sempena perlawanan Piala Sumbangsih dan perayaan Thaipusam di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, beberapa jalan utama akan ditutup bagi mengurangkan kesesakan dan menjaga keselamatan peminat bola sepak serta penganut Hindu yang menyambut Thaipusam.

Katanya, antara laluan utama yang dijangka sesak ialah Jalan Sekilau menghala ke Jalan Gambut dan sepanjang Jalan Bukti Ubi yang terlibat dengan perarakan Thaipusam selain beberapa jalan utama lain.

Mohd Jasmani meminta mereka yang ingin menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih supaya keluar lebih awal bagi mengelak berlaku pertembungan dengan perarakan berkenaan.

Beliau turut meminta penyokong supaya tidak membawa barangan larangan seperti mercun, bunga api, suar dan senjata berbahaya ke stadium. - Bernama

Wednesday, 15 January 2014

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

Peneraju dunia dalam rumusan keselamatan rangkaian berprestasi tinggi, Fortinet melalui laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard Labs menemui botnet Bitcoin jenis ZeroAccess sebagai ancaman utama pada suku tahun ini.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber di Korea Selatan dan dua variasi ‘adware’ Android baru yang menukar dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan Strategik Dan Penyelidikan Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard Henderson berkata, pada suku tahun pertama 2013, syarikatnye mengesan pemilik ZeroAccess botnet mengekal dan menambah biangan serangan ‘bot’ di bawah kawalan tertentu..
“Dalam 90 hari lepas, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemas kini perisian kepada pengguna tertentu yang dijangkiti,”katanya.
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiCate, ZeroAccess adalah ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan. ZeroAccess digunakan untu klik penipuan dan perlombongan Bitcoin iaitu nilai mata wang digital yang berasaskan sumber berpusat dan terbuka terus menigkat berkemungkinan besar jumlah wang dihasilkan oleh ZeroAccess mengakibatkan kerugian berjuta.
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai meningkat, kita boleh cuba untuk menggunakan botnet mereka dalam fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,”kata Henderson.
Pada masa sama, dua bariasi adware android baru iaitu Androin NewyearL.B dan Android Plankton.B mengakibatkan sebilangan besar jangkitan di seluruh dunia dalam masa 90 hari yang lalu.
“Kit pengiklanan baru yang sedang dipantau oleh kami mencadangkan penciptanya bersembunyi dan beum mendedahkan hasil kerje,”kata Penyelidikan Kanan Fortinet Maciejak.
Sumber: Harian Metro
Berhati-Hati Pengguna Android. Anda Mungkin Sudah Menerima Virus Botnet Versi Android

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

TAKKAN MENANG KES SAMPAI TERSELAK KAIN

Pelakon Rabecca Nur pada Jumaat berjaya memenangi kes tuntutan terhadap penerbit dan pengarah drama Erma Fatima ekoran perlanggaran kontrak dan melunaskan baki bayaran lakonan sebanyak 40 peratus selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membuat keputusan pada Jumaat.
Majistret Muhamad Faizal Ismail turut mengarahkan Erma mengembalikan baki jumlah wang berkenaan berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepada Rabecca.
Menurut peguam yang mewakili Rabecca iaitu Nordin Othman, sekiranya Erma masih gagal melunaskan baki bayaran, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Erma.
“Pihak kami tidak meminta lebih daripada apa yang dijanjikan oleh Erma dan berharap baki bayaran Rabecca segera dilunaskan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Erma dan Rabecca sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus.
Ia membuatkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Sementara itu, Rabecca berkata, dia bersyukur apabila kes tuntutan itu berpihak kepadanya dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.
“Apa yang dituntut merupakan hak saya di mana saya berada di pihak yang benar. Kes tuntutan ini juga dibuat agar pihak penerbit tidak sewenang-wenangnya ‘mempermainkan’ hak pelakon.
“Saya juga tidak ada masalah jika dia (Erma) enggan mengambil saya berlakon kerana banyak lagi penerbit-penerbit lain yang mahu menggunakan khidmat saya,”

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Zizan Razak & Ally Iskandar pun hentam PM pasal kangkung?

Kecoh media hiburan apabila beberapa Artis dikatakan mula menghentam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib mengenai Isu Kangkung. Screenshot status di akaun laman sosial yang didakwa milik artis telah tersebar dan dijadikan parodi oleh ramai blogger dan pengamal media sosial.
Antara artis yang didakwa menghentam PM ialah pelawak terkenal Zizan Razak dan pengacara terkenal Ally Iskandar:
Namun setelah melakukan sedikit semakan di laman media sosial, nampaknya ia bukanlah milik official/Rasmi artis yang didakwa menghentam PM. Sebaliknya, kedua-dua adalah page parody artis yang sengaja digunakan untuk menarik para peminat hiburan dan seterusnya menggunakan untuk tujuan lain seperti isu ini.
Page-page parody sebegini mempunyai followers dan fans yang ramai berikutan populariti artis berkenaan. Namun, ia akan memberikan persepsi negatif kepada tuan empunya badan. Pasti ramai peminat hiburan yang menjauhkan artis sebegini walaupun page itu tidak melambangkan diri mereka yang sebenar.
Apakah respon dari Zizan Razak dan Ally Iskandar mengenai isu ini?

Ungku Aziz nafi catatan berkaitan 'Kangkung' adalah tulisannya

Ungku Aziz nafi catatan berkaitan 'Kangkung' adalah tulisannya
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid - Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

"Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu...saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

"Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim," katanya kepada Bernama di sini.

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: "Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

"Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

"Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini," katanya.

Tuesday, 14 January 2014

Pelajar PEREMPUAN ditemui maut dalam parit

KUCHING - Mayat seorang pelajar wanita ditemui dalam parit di kampus universiti berkenaan di Kota Samarahan di sini lewat hari ini dan dipercayai dibunuh.

Ini merupakan mayat kedua pelajar universiti di Sarawak dibunuh selang 10 hari.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superitenden Lee Chong Chern yang mengesahkan kes itu malam ini berkata mayat itu ditemuI kira-kira 6 petang dan telah dihantar ke hospital
besar di sini untuk bedah siasat.  

Pada 4 Januari, mayat pelajar lelaki tahun dua universiti ditemui dibunuh di sebuah rumah sewa di Miri.

Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.  - Bernama

'Sultan Melaka' ditahan polis

  •  'Sultan Melaka' ditahan polisRaja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar untuk menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali 'Kesultanan Melayu Melaka' di Melaka hari ini. - Foto Bernama
 1 / 1 
MELAKA - [DIKEMASKINI] Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
  
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".
  
"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
  
Shah Gzali Khan berkata. siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.
  
"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya.

 "Kita juga akan menyiasat siapa penyokong kuatnya yang menyebabkannya mengaku sebagai 'Sultan Melaka' dan pengikutnya tidak perlu berprasangka buruk dengan penahanan ini kerana ia adalah proses siasatan biasa dan beliau dalam keadaan baik," kata Raja Shahrom.

Beliau berkata Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak itu ditahan di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin pagi ini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.

"Kita juga akan menyiasat siapa penyokong kuatnya yang menyebabkannya mengaku sebagai 'Sultan Melaka' dan pengikutnya tidak perlu berprasangka buruk dengan penahanan ini kerana ia adalah proses siasatan biasa dan beliau dalam keadaan baik," kata Raja Shahrom.

Beliau berkata Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak itu ditahan di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin pagi ini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya. - Bernama

Doa di Makkah: Syamsul hanya nampak Puteri Sarah

  • Syamsul YusofSyamsul Yusof
 1 / 1 
PENGARAH filem terkenal, Syamsul Yusof bakal bernikah dengan pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana bulan depan.

Perkara itu disahkan ibunya sendiri, Datin Patimah Ismail seperti yang dipetik Mstar Online.

Menurut Patimah, majlis pernikahan bulan depan itu atas permintaan Syamsul sendiri.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas (semalam) dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.

"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya.

Kata ibunya, Syamsul menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu.

Syamsul memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di Tanah Suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.

"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menant


Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk....


+ Fikirkan produk apa yang hendak dijual. 
+ Fikirkan produk apa yang kita hendak buat.
+ Fikirkan apa bahan yang hendak digunakan.
+ Fikirkan di mana hendak belajar membuatnya.
+ Fikirkan nama produk.
+ Fikirkan kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu.
+ Fikirkan orang lain sudah membuat macam produk itu ataupun belum.

.

Lalu banyaklah kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini.

Lalu banyak penjual mesin-mesin itu dan ini yang diperlukan bagi mengeluarkan produk-produk itu. Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu.

Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu.

Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak pernah wujud sebelumnya, sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Melayu.

.

Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan....

+ Pelanggan mahu apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?

Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah kita fikirkan produk yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.

.

+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar kotaknya disenaraikan 22 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan itu adalah susu kuda liar!!!

+ Ada seorang gadis Melayu di Utara. Dia baru berusia 22 tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus produk, dia berjaya mengeluarkan produk-produk kecantikannya sendiri! Baru 22 tahun sudah menjadi pakar kecantikan.... Hutang bank berpuluh ribu. Geran tanah bapa menjadi cagaran pinjaman bank. Harga jualannya tidak masuk akal. Stok tidak bergerak. Bunga pinjaman bank tiap-tiap hari semakin menokok.

Monday, 13 January 2014

HIKMAH DI SEBALIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 
 
 
 
 
 
4 Votes

Pendahuluan
Selami dan jiwailah sambutan Maulidur Rasul
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1433 Hijrah pada 5 Februari 2012 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Tokoh Agung Sepanjang Zaman
Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T
Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.
Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullahseorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.
Maqam Rasullullah di dalam Masjid Narbawi, Madinah
Makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid an-Nabawi, Madinah
Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagai pembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.
Hikmah Maulidur Rasul
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul
Terdapat segelintir umat Islam yang keliru apabila kita bertanyakan apakah kaitannya Maulidur Rasul dengan ajaran Islam. Ada yang memberikan pandangan sinis yang menggambarkan seolah-olah ialah satu perayaan keagamaan dan perarakan di kawasan sekitar masjid atau di stadium. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang berpendapat ianya sekadar hari untuk mendengar syarahan agama atau majlis perjumpaan sesama umat Islam. Namun begitu, ada juga di kalangan cerdik pandai Islam berfahaman WAHABI bertegas untuk melarang umat Islam mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap oleh puak Wahabi sebagai BIDAAH dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.  Inikah JIWA dan IMAN seorang umat Islam?
Jesteru itu, marilah kita sama-sama berlapang DADA dan membuka MINDA untuk menghayati apakah hikmah yang tersirat dan tersurat dalam kita merayakan sambutan Maulidur Rasul. Di antara hikmahnya ialah :
1.   Nilai-Nilai Murni
  • Keunikan bangsa Arab dapat dilihat daripada sikap mereka yang amat menyanjungi karya-karya sastera khususnya syair-syair. Daya ingatan mereka yang kuat dalam menghafal syair-syair Arab serta mengingati susur galur keturunan dalam kabilah adalah kelebihan yang dimiliki. Tambahan lagi keberanian mereka telah terbukti melalui persengketaan antara kabilah sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.
  • Sehinggalah kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah ituorang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Surah Ali-Imran : Ayat 103)
  • Demikianlah Allah S.W.T menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Maka lahirlah golongan huffaz yakni penghafaz-penghafaz al-Quran di kalangan mereka dan mereka adalah golongan yang diamanahkan untuk memelihara kesucian dan keharmonian kitab Allah S.W.T seperti mana para sahabatnya. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Orang-orang yang mulia di kalangan umatku ialah penghafaz al-Quran. “
(Riwayat al-Tirmizi)
  • Keberanian mereka disalurkan kepada jalan yang lebih baik iaitu dengan tertegaknya konsep jihad, iaitu mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah S.W.T, keredaan dan rahmat-Nya dengan mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan pelbagai cara sama ada alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
  • Jika dahulu mereka berperang kerana ingin mempertahankan kabilah, sebaliknya konsep peperangan yang dididik oleh baginda telah diikuti oleh mereka untuk mempertahankan ajaran Islam daripada dicerobohi serta memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan. Sejarah Islam mencatatkan ketika peperangan Yamamah. Tentera-tentera Islam yang ikut serta dalam peperangan ini, kebanyakan terdiri daripada para sahabat dan para panghafal al-Quran. Dalam peperangan ini telah gugur 70 orang penghafal al-Quran.
  • Bahkan sebelum itu gugur hampir sebanyak itu juga penghafal al-Quran di mana Nabi pada suatu pertempuran di Bir Maunah berhampiran kota Madinah. Ini membuktikan kejayaan Rasulullah mengalihkan pandangan dan jiwa mereka kepada mempertahankan sesuatu yang hak dan menolak kebatilan. Malah, bangsa yang dahulunya tidak mendapat tempat dalam usaha peluasan empayar Persia dan Rommemberi kejutan yang besar dan menggugat golongan raja-raja dan pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya ketika itu. Ini diakui oleh Maharaja Heracilus apabila menerima sepucuk surat dari Rasulullah agar beliau adil terhadap rakyat dan menerima Islam sebagai cara hidupnya
2.   Kesucian Bumi Mekah
  • Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahayakebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan al-Quran dan sunah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.
3.   Nabi Akhir Zaman
  • Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada para Nabi sebelumnya tentang kehadiran Nabi terakhir yang akan membawa mesej Islam kembali untuk umat akhir zaman. Nabi Musa dan Nabi Isa A.S adalah di antara nabi-nabi ulul azmi yang telah diberikan pengkhabaran tersebut. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
(Surah as-Saff : Ayat 6)
4.   Doa Nabi Ibrahim A.S
  • Hikmah dan rahsia di sebalik kelahiran Rasulullah di bumi Mekah juga adalah kerana makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon agar keturunannya turut diberikan kepada mereka golongan nabi dan rasul. Permintaan ini telah dipenuhi-Nya dengan kelahiran nabi dari keturunan Ismail A.S.
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Baqarah : Ayat 124)